BACKGROUND

‎~✿..Saya tahu saya tidak cantik, tapi walupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN, kerana saya tidak cantik..maka, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..kerana saya tidak cantik, maka..saya tidak mengharapkan PUJIAN dari mana-mana lelaki atau wanita dan akhirnya kerana saya tidak cantik, saya MENEMUI insan IKHLAS mencintai saya seadanya..✿~


>>> Cantik itu SUBJEKTIF..tidak semua mata dapat melihat, hanya yang


 ISTIMEWA sahaja berpeluang..BERSYUKURLAH kamu untuk

 semuanya..sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu indah tiada nilai..cantik tiada

 tandingnya, kamu adalah kamu..seperti mana yang Dia mahu dan yang 

SEBAIKNYA ialah kamu MENDIDIK DIRI menjadi hamba yang TAAT dan hamba

 yang selalu BERSYUKUR atas kurniaanNya..♥♥



p/s : IKHLASLAH dalam memburu PAHALANYA..kamu tidak rugi satupun jika 

meraih REDHANYA, insan yang BERBANGGA dengan kecantikan yang ada 

merupakan manusia yang rugi di sisiNya kerana tidak tahu menilai yang 

TERBAIK melalui pandanganNya..:)


Tolonglah Hamba-Mu ini

Ya Allah, sukarnya meninggalkan maksiat, ini kerana nafsu yang ada

 dalam diri 

kita sering 


mengajak kita melakukan maksiat, bagaimana nak tinggalkan maksiat ni, 

Lalu 

ulama' 


menunjukkan jalannya :

1- Belajar ilmu dengan org Alim yg taqwa kpd Allah,


2- Beramal dengan bimbingan guru yg murabbi atau mursyid,

3- Sentiasa bertaubat di atas kesalahan yg dilakukan,

4- Bermujahadah dgn kurangkan makan minum, kurangkan 


tidur,kurangkan

 bercakap,

 kurangkan bergaul.

5- Bersahabat dgn org soleh terutama dgn guru yg soleh,

6- Banyakkan berzikir sebaiknya ambil zikir dengan ahlinya.

Tolong doakan diri ini yang lemah,hina dan faqir, Ya Allah jauhkan kami 


semua

 dari maksiat 


terhadapmu zahir dan batin.



..Rindu...❀◕‿◕❀

~✿..Jika rindu ini bertatah, aku BERHARAP biarlah untuk Allah..

andai rindu ini menarik resah..

aku PASRAH, andai pencarian ini masih BELUM KUTEMUI..

Ya Allah damaikanlah hatiku ini, biarlah resah menarik sepi..

biarlah kecewa meratap PERGI, biarlah kasih mengikat diri..

Ya Muhaimin kepadaMu aku MENGADU HATI, 

SERIKANLAH taman hati bukan pada fikiran yang belum layak buat diriku tapi
 
pada REDHAMU..✿~ 


✿~..Saat aku merinduinya..

lebih kuat aku BERMUNAJAT kepadaMu.

lebih pantas aku MENINGKATKAN dan MEMPERBAIKI keperibadianku..

Ya Allah, hanya Engkaulah PENYUSUN terbaik buatku...



Penantian Telah Berakhir....٩(•̮̮̃-̃)۶

Alhamdulillah..
setiap penantian ada akhirnya...
Seperti dikatan Mama.."Sabar itu separuh daripada Iman...""
Allah aku amat bersyukur pada-Mu..kerana telah memberi peluang padaku

untuk melanjutkan pelajaran ...

Ya Allah..
terangilah jalanku untuk menuju-Mu..
redhailah aku Wahai Tuhanku...
Subhanallah..penantian yang tidak pernah ku sangka...
Sesungguhnya janji Allah itu benar... ٩(●̮̮̃•)۶
 Allahuakbar. . .3x

....--->> Waiting for A long Time<<---.....

Dah 3 mnggu da aku tunggu but n0thing news i get..huh..~~
surat 0h surat...sampaikanlah berita padaku...
i'm waiting 4 u ~~
tiap-tiap ary aku tunggu k0 ,asal x smpai2 jugak....>_<
mama!...surat de smpai x???xdek..~~dgn selamba mak aku jwb..
hurmmmm^^``....
tiap-tiap ary aku tnye benda same...answernyaa always 'XDEK'..~~
bilerr nk smpai neyh...Hanya Allah je Yang Maha
Mengetahui...Aku serah je smua pada-Nya...
aku daaa usaha sbaik mngkin...Allah.....Allah..
Allah....bantulah aku,se0rang hambamu yang hina ini....
Berilah jawapan padaku....
Berikanlah daku petunjukMu

Kesabaran n ketabahan ku perlukan...~~



Ku Damba KasihMu....



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


‎>>> DUA KALIMAH yang ringan di lidah, BERAT di atas NERACA TIMBANGAN dan DISUKAI Allah yang Maha Pengasih ialah :

✿~ SUBHANALLAH WA BIHAMDIH..
✿~ SUBHANALLAHIL' AZIM..


(HR Bukhari dan Muslim)
WAHAI MUSLIMAH !


♥ ketika seorang JEJAKA memujimu MAKA pahatkan SUBHANALLAH didalam HATI 

mu agar RIAK jauh dari JIWA mu..



♥ ketika seorang JEJAKA mendekatimu MAKA alunkan ASTAGHFIRULLAH didalam

 KALBU mu agar KEINGINAN dihindar dari HATI mu..



♥ ketika seorang JEJAKA menjaga maruahmu MAKA zikirkan ALHAMDULILLAH

 didalam JIWA mu agar KESYUKURAN dekat di KALBU mu.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.